MALAYSIA (KRjogja.com) - Kisah kakek berusia 69 tahun ini menjadi viral di media sosial. Ia baru saja meraih gelar sarjananya. Anaknya, menuliskan kisah perjuangan itu lewat akun Facebook Onny Hazwani.
Dalam postingan itu, dia menuturkan bagaimana kerasnya perjuangan sang ayah untuk merebut gelar tersebut. Mulai dari cara mengingat sampai mengirim email. Tak ayal, postingan ini sudah 6.191 kali dibagikan dan mendapat 35 ribu like.
Barikut tulisan dalam posting tersebut :
Ini ayah saya. Umurnya bakal menjengah 69 bulan hadapan. Punya isteri, 5 orang anak, 12 orang cucu. Semasa muda, ayah tak berkesempatan belajar tinggi kerana keadaan ekonomi tak mengizinkan. Menurut mak, semangat ayah memang kuat. Semasa sudah anak 2, ayah mengambil MCE (sekarang dikenali sebagai SPM). Ayah berhenti dari tentera dan bekerja di sekolah. Rezeki ayah murah. Ayah ditukarkan ke PPD dan selepas itu ke jabatan pendidikan negeri.
Selepas ayah bersara, ayah masih lagi bekerja di tempat lain. Semua kerana saya yg masih belajar ketika itu. Abang2 dan kakak2 saya pula sudah habis belajar dan bekerja. Selesai saja saya mengambil master, ayah saya daftarkan dirinya dalam program ijazah jarak jauh untuk warga emas di USM.
Alhamdulillah..semangat ayah yang kuat telah dibuktikan dgn ijazah yang ayah dapat hari ini. Saya sangat terkilan kerana tak dapat hadir menyaksikan ayah naik ke atas pentas menerima segulung ijazah kerana tuntutan kerja dan anak yang masih kecil. Selesai saja kelas saya pada pukul 6 tadi cepat2 saya buka whatsapp update dari kakak dan abang saya. Saya menangis sebak, terharu...
Kenapa saya begitu sentimental?? Teringat semasa awal2 ayah mula belajar. Kerana ayah mengambil PJJ, kebanyakan assignment perlu dihantar secara online @ email. Ayah saya bukanlah seorang 'computer literate'. Saya ajar ayah saya guna laptop. Macam mana nak save, print, download, upload, email, set password, dan banyak lagi..hehe. Saya pula bukan tinggal bersama parents. Bila saya balik hujung minggu selalunya ayah akan minta tolong ajarkan guna laptop. Bila saya tak balik pula ayah akan call tanya cara2 nak buat semua tu. Walaupun saya mengajar beratus-ratus pelajar setiap semester, mengajar seorang ayah perlukan pendekatan berbeza. Kadang2 saya dah ajar tapi ayah lupa dan ajar lagi, lagi dan lagi. Sebab tu saya sebak dan bangga sangat bila ayah akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah yg ayah impikan selama ni. Kami anak2 ayah bangga sangat.
TAHNIAH AYAH!!